PEMBINAAN RANGKAIAN

Pada hari Rabu bersamaan dengan tarikh 7 ogos 2019, 2 svm ksk Bersama seorang  pensyarah iaitu cikgu Azri yang akan membuat penilaian bagi pemasangan kabel individu bagi 2 svm ksk. Kami memulakan pemasangan kabel dengan menyediakan peralatan perkabelan dan mengukur keluasan tempat yang akan kami gunakan untuk membina rangkaian yang kecil pada makmal Redhat. Selepas itu, kami memotong kabel mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan meneruskan pemasangn kabel menggunakan kabel UTP , crimping tools, cable tester, pita pengukur dan RJ 45. Namun pemasangan kabel ini dilanjutkan pada keesokan harinya disebabkan memakan masa yang lama ketika proses pemotongan kabel akibat kabel pada store tidak di susun dengan kemas dan itu menyebabkan kami sukar untuk memotong kabel yang digunakan mengikut ukuran. Bukan itu sahaja kami telah menghadapi masalah dari segi kekurangan peralatan rangkaian. 


< gambar rajah peralatn yang digunakan > 




Pada keesokan harinya, kami telah menyambung semula projek kami namun di bawah pengawasan pensyarah yang lain iaitu cikgu KK. Setelah selesai melakukan pemasangan kabel tersebut kami meneruskan projek kecil kami iaitu membina sebuah rangkaian kecil pada makmal Redhat. Kami telah menyambungkan computer dengan switch dengan menggunakan RJ 45. Selepas itu, kami telah menyambungkan computer ke computer yang lain menggunakan kabel RJ 45 yang telah kami buat sendiri dan melakukan kaedah Ping Test. Dan kami melakukan perkongsian data antara computer ke computer yang lain. Bukan itu sahaja, tugasan akhir yang diberikan oleh cikgu KK ialah menyambungkan internet menggunakan kabel RJ 45. Akhirnya 2 svm ksk berjaya mewujudkan sebuah rangkaian yang kecil pada makmal Redhat. 

Comments

Popular Posts